Tuesday, November 25, 2008

Seredup Kasihmu - Nia Azalea

TAJUK : SEREDUP KASIHMU ( SN : 0021 )
PENGARANG: NIA AZALEA
Deposit : RM29

Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya eninggal dunia, Mak longnya , Sutinah memeliharanya sehingga dewasa. Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja kesalahan yang dicari. Bukan itu sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.
Emir Safwqn teman sekuliah di satu universiti,cuba menggoda Lea Haryani, tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Hayani namun tidak berhasil. Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lear Haryani dan ;menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Akhirnya , berlakulah konflik, Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Hayani.

No comments: