Tuesday, November 25, 2008

Air Mata Kasih - Norhayati Berahim

TAJUK : AIR MATA KASIH ( SN : 012 )
PENGARANG : NORHAYATI BERAHIM

Deposit : RM15

Tragedi 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakrulrazi, kerana tingkah seorang pepermpua, dia menyimpan dendam pada perempuan. Baginya, perempuan sering mendatangkan bencana. Oleh itu, timbul diskrimninasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya. Dan dia sendiri amat memusuhi anak perempuannya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak bersalah. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.
Tuhan menurunkan ‘petunjuk’ bila Fakrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Island, Australia. FAS Holdings milik Fakrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara. Akhirnya, Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata korporat. Namun , usahanya itu tidak berpanjangan bila Fakrulrazi kembali.
Di manakah Farah Diba selepas ini? Adakah dendam itu terus menjadi hitam? Hanya lelaki itu yang dapat menjawab persoalan ini!

No comments: