Friday, November 28, 2008

Gerimis di Hati - Rafizah Nordin

TAJUK : GERIMIS DI HATI ( SN : 0059 )
PENGARANG : RAFIZAH NORDIN
Deposit : RM20

Jika diberi pilihan, dia juga tidak ingin menjadi perempuan joget. Melayan lelaki-lelaki mata keranjang, jatuh dari satu pelukan ke satu pelukan, khayal dengan pesta dunia yang menjelikkan. Jika diberi pilihan, dia juga tidak ingin hanyut dibawa arus dunia yang tiada tepinya. Leka menghitung dosa tanpa memikirkan pahala yang akan dibawa pulang.
Sedang dia sedar, kematian tidak pernah menjanjikan syurga buat insane-insane yang leka sepertinya. Lalu pada siapa harus dilemparkan kesilalpan? Kepincangan yang didwarisi atau pada perjalanan hidup yang memang diaturkan? Namun di sudut hati kecilnya masih ada suara-suara jernih yang sering berdoa, yang sering menyedarkan agar dia kembali menuju ke jalan yang diredai. Kerana di sana, pintu syurga terbuka luas untuknya. Dan sinar keinsafan pun perlahan-lahan menyinari sebuah perjalanan yang beru bermula….

No comments: