PENGARANG : SHARIFAH ABU SALEM
Deposit : RM15
Gerimis di Hati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yag sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudanEmily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka.. Sharifah Yasmin, kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihatkana kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cinta pada Tengku Farid berbalas.
Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimana Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid sendiri yang terpaksa menjadi korban?
No comments:
Post a Comment