Sunday, November 30, 2008

Nilai CIntamu - Eka Fahara

TAJUK : NILAI CINTAMU ( SN : 0095 )
PENGARANG: EKA FAHARA

Deposit : RM16

Suatu ketika dahulu Nana merasakan Hisyam adalah pasangan serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama, Di baja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu segala mula berubah, perjalanan hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan jiwanya mula berkocak.
Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya. Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini. Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya.
Akhirnya, Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka Cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, telah lama dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam.




Pasrah Kasih - Mazia Harris

TAJUK : PASRAH KASIH ( SN : 0094 )
PENGARANG : MAZIA HARRIS

Deposit : RM18
Andai benar wanita itu penyeri hidup, mengapa mesti ada luka di hati mereka? Mengapa harus ada sengsara dalam nafas mereka?
Penghijrahan Zuliyanti ke Malaysia demi untuk mengubah nasib keleuarga. Pun dia tidak pernah menjangka akan terjerumus dalam kemelut yang menuntut pengorbanan besar dirinya. Tanpa diduga, dia terleka dengan permainan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa. Layanan menggoda Saiful membuahkan saying di hati dan tanpa sedar telah menghayutkannya dari dunia reality.
Saiful pula kian terjebak dalam permainan yang diciptanya sendiri. Demi sayangnya pada Karmila,isteri yang setia, kerana kasihnya pada Zuliyanti; kekasih yang manja emaksa dia mengatur permainan demi permainan agar tidak ketara cela lakonannya. Pengorbanan Zuliyanti menghidupkan lagi sandiwara Saiful. Niatnya hanya satu, untuk menghalalkan yang haram dan tidak terus terjerumus dalam dunia kemaksiatan...

Andai Semalam Kumiliki - Norhayati Berahim

TAJUK : ANDAI SEMALAM KUMILIKI ( SN : 0093 )
PENGARANG : NORHAYATI BERAHIM

Deposit : RM22

Memang dia pernah berjanji. Bahkan di sudut hati dia merasakana janji itu tidak akan dimungkiri. Kasih seorang Zafri terhadap Wardah yang dicintai, sentiasa abadi. Walau jauh beribu batu, namun sekali dia jatuh cinta, cinta itu tetap bersemadi.
Tapi Zainab, wanita itu satu ketika dahulunya cukup dibenci, perlu dibantu atas dasar simpati. Perlukan diberitahu pada Wardah yang menanti? Arggh...dia benar-benar tidak sampai hati. Dis sana menunggu dan di sini menanti, jawapannya yang tidak pasti.
Apa daya dia, dia seorang lelaki yang penuh rasa simpati. Lantas janji yang dibuat dikhianati. Andai semalam boleh dimiliki.seorang lelaki yang bernama Zafri itu pasti tidak akan melukai hati seorang kekasih yang dikasihi. Namun dia tidak berputus asa menanti. Satu masa dan satu ketika.
Wardah kembali……………..

Seindah Memori - Ilani Mysara

TAJUK : SEINDAH MEMORI ( SN : 0092 )
PENGARANG: ILANI MYSARA

Deposit : RM16

Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya. Itulah lumrah cinta manusia. Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia.
Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati. Ungkapan ‘aku cinta pada mu’ mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya memporak perandakan seluruh sendi kehidupannya.
Cinta dua darjat antar Dayang dana Syed Iqbal menguji penantinnya. Namun kerana satu janji, biar datang rebut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi. ...



Aku Yang Ditinggalkan - Nor Fafishah Md Hassan

TAJUK : AKU YANG DITINGGALKAN ( SN : 0091 )
PENGARANG : NOR FAFISHAH MD HASSAN

Deposit : RM21

Cinta pertama sukar dilupakan. Bagi Sutina, pengalaman jatuh cinta membuatkan dia ingin melupakan kisah silam-nya. Dia gigih mengusahakan restoran makanannya bersama rakan kongsinya, Yusma dan aktif sebagai sukarelawan untuk badan kebajikan . Ketika Sutina cuba mengubat luka dihatinya, Taufik Hidayat dan Isham, sahabat baiknya suatu ketika dulu muncul dalam hidupnya.
Taufik menyenangi Sutina yang mengambil berat keadaan anaknya, Safiya yang cacat, Isham pula cuba mendekati Sutina dengan menawarkan diri menjadi rakan kongsinya. Namun kedua-duanya pernah melukakan hati Sutina tanpa mereka sedari. Keadaan menjadi tegang bila bekas isteri Taufik kembali. Taufik bertekad melamar Sutina manakala Isham menghantar rombongan meminangnya. Siapakah berjaya memujuk hatinya? Dapatkah Sutina melupakan luka kisah silamnya dan menyemai kasih baru?

Dekat Di Hati - Eyman Hykal

TAJUK : DEKAT DI HATI ( SN : 0090 )
PENGARANG : EYMAN HYKAL

Deposit : RM17

Tujuh belas tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akahirnya dia membuat keputusan setelah puas berishtikharah. Dengan lingan air mata, isteeri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.
Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini. Isuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagi lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.
Dalam diam, Johan cuba amemenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali ke pangkuannya . Berjayakah Johan?

Setulus Cinta - Norhayati Berahim

TAJUK : SETULUS CINTA ( SN : 0089 )
PENGARANG: NORHAYATI BERAHIM

Deposit : RM21

Dia tidak pernah menyangka, kasihnya yang jujur dan luhur, akan diperdaya pada suatu ketika. Dia sendiri tidak pernah terlintas, suami yang dikasihi akan mati dengan ciptaan sendiri.
Siti Hajar, hatinya terlalu jujur. Tidak pernah prasangka, tidak pernah rasa curiga. Dia tahu Ahmad Aduka, suami yang dikasihi sudah pergi ke pangkuan Illahi. Dia menerima dengan hati terbuka, walau derita dan merana membengkam di dalam dada.
Namun kebenaran terserlah, hati wanitanya cekal dan pasrah kini tergugah. Dia sudaha hilang arah, sudah hilang segala rasa tabah. Dan dalam saat begini, seorang lelaki menghulurkan tangan.memberi seribu senyuman.pastinya Setulus Cinta bukan sahaj wujud di alam maya!



Gelora Jiwa - Aisya Sofea

TAJUK : GELORA JIWA ( SN : 0088 )
PENGARANG : AISYA SOFEA

Deposit : RM17

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.
Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tnangnya. Tapi kasihnya sudah berpaling jauh pad Hanaif Ashman dalam sekelip mata!
Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Sapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.
Sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman
seorang, jadi bagaimana?

Pelabuhan Kasih - Lily Suriani

TAJUK : PELABUHAN KASIH ( SN : 0087 )
PENGARANG : LILY SURIANI

Deposit : RM14

Fatin Nabilah , gadis sederhana yang jauh dari kehidupan social. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya.
Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sesring menyakiti hatinya atas perinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya.
Perkahwinan yang dibina ib arat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus di campak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka…..


Bisikan Kasih - Norhayati Abd. Malek

TAJUK : BISIKAN KASIH ( SN : 0086 )
PENGARANG: NORHAYATI ABD. MALEK

Deposit : RM19

Memang aku tidak ingin mengenangnya. Menjadi miliknya apa lagi, setelah seluruh bahagiaku dimusnahkan, dicerobh dengan cara yang paling kejam. Kini masih adakah yang dinamakan cinta? Masih adakah yang dinamakan saying? Selain benci dan dendam. Selain sakit hati dan amarah yang tidak akan kunjung padam. Apa lagi yang tinggal? Kalau ada rindu yang datang sekalipun, pastiku campak jauh-jauh atau kubenam ke dasar lauatan yang paling dalam.
Usah kau pura-pura tidak mengerti mengapa aku jadi begini. Usah kau palitkan lagi diriku dengan sisa-sisa kasihmu.kerana mata hatiku telah buta dengan cinta. Telah tuli dengan bisikan-bisikan asmara.
Namun hari ini mengapa tiba-tiba hatiku berlainan rasa. Benih kecencian yang kutanamkan rupa-rupanya berbungakan cinta. Dan menyayangimu aku kian dihampat malu dan keliru…………….


Gelora Di Tasik Biru - Diya Elora

TAJUK : GELORA DI TASIK BIRU ( SN : 0085 )
PENGARANG : DIYA ELORA

Deposit : RM16

Bukan tidakku tahu mawar itu berduri. Bukan tidakku hati-hati. Namun semerbak harummu, seseakli aku lupa diri. Lupa pada amaran-amaran yang pernah kau lontarkan. Lupa pada satu ikatan yang mejjadi penghalang.
Lalu tunas kasih yang cuba kau bunuh.diam-diam, aku baja dan siramkannya. Aku semai dan aku jaga. Lalu bunga-bunga cinta mengharum dan memenuhi laman asmara. Kekasih , aku intin memilikimu……..tapi aku tahu aku tak mampu. Menyentuhnya…...aku bimbang hatiku sendiri yang terluka.

Kerana DIkau - Siti Farhan Mohamed

TAJUK : KERANA DIKAU ( SN : 0084 )
PENGARANG : SITI FARHAN MOHAMED

Deposit : RM10

Datuk Wan Zahari adalah seorang tokoh korporat di Kampung Molek. Orang kampong begitu hormat kepada Datuk Wan Zahari dan menggelarnya orang kaya Kampung Molek. Datuk Wan Zahari mempunyai seorang anak lelaki bernama Wan Zulkhairi. Dia menjadi kegilaan anak-anak gadis kampong itu termasuk Dahlia.
Dahlia adalah anak penorh getah bernama Said. Kehidupan Dahlia sekeluarga begitu daif. Pada fikiran Dahlia, tidak mungkin dia dapat memikat Wan Zulkhairi. Sehinggalah pada suatu hari, mak saudaranya, Uteh memperkenalkan Dahlia kepad aWan Zulkhairi. Sebaik sahaja terpandang wajah Dahlia, Wan Zulkhairi telah mula tertarik.

Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna

TAJUK : SEPI TANPA CINTA ( SN : 0083 )
PENGARANG: DAMYA HANNA

Deposit : RM18

Haziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantran, itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!
Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan pendereitaan yang sedia tergalas dibahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!
Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis spertama yang dicintainya...tetapi kecurangan Azura menambahkan kecenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adlah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz...sepupunya...Mampukah Haziqah menerima Fakrul?.....



Manisnya Cinta : Anis Ayuni

TAJUK : MANISNYA CINTA ( SN : 0081 )
PENGARANG : ANIS AYUNI

Deposit : RM17

Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun ,sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh...lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar baying-baying. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam saying dia jadi lkeliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu? Ah...sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hamper meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akahirnya akur, cemburi buta dan hipokrit bukanlah sifat yang terpuji..Nazmi adalah lelaki yang diimpikan!!!


Friday, November 28, 2008


Sedetik Cinta - Krreisya Reisya

TAJUK : SEDETIK CINTA ( SN : 0080 )
PENGARANG: KRREISYA REISYA
Deposit : RM14

Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati? Hipotesis bagi Sopie, cinta juga tak semestinya bersatu. Dia redha menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama, mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki bermata biru itu sering mengganggu. Kadangkala kerinduannya bagai tak tertanggung. Bertahun-tahun dia cuba memujukk hati yang luka.
Masa terus berlalu. Tanpa diduga, kasih Sophie berputik seemula. Perhatian Haji Aikimi, pengurusnya yang berkarisma benar-benar menambat hatinya . Namun, sekali lagi perasaannya diuji. Sanggupkah dia menjadi orang kedua kerana lelaki itu sudah berpunya?


Misteri Julia - Zaifuzaman Ahmad

TAJUK : MISTERI JULIA ( SN : 0079 )
PENGARANG : ZAIFUZAMAN AHMAD
Deposit : RM11

Datuk Dahlan Pengurus Hotel Impiana di Port Dickson telah menawarkan Julia bekerja di tempatnya. Datuk Dahlan amat berkenan dengan kerja-kerja Julia yang dikendalikan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Johor Bahru dan terus melamar dia bekerja di hotelnya. Disebabkan gaji yang ditawarkan egitu lumayan, Julia bersetuju dengan tawaran itu.
Anak Datuk Dahlan, Anwar begitu tertarik dengan Julia. Malangnya Julia tidak suka. Sebaliknya dia telah terpikat dengan seorang pelukis bernama Harun. Julia telah mengupah Harun melukis beberapa buah gambar lukisan yang difikirkan perlu untuk hotel tempat dia bekerja. Semakin hari hubungan mereka semakin intim dan bibit-bibit cinta mula berputik.
Di sepanjang perkhidmatannya di hotel itu, Julia diganggu oleh pangilan
misteri…….

Kalau Mawar Mekar Berbunga - Maharam Mamat

TAJUK : KALAU MAWAR MEKAR BERBUNGA ( SN : 0078 )
PENGARANG : MAHARAM MAMAT

Deposit : RM22

Jika ini suatu ketentuan, dia mereklakan. Namun mengharap diri untuk kembali adalah suatu kesilapan. Baginya cinta hanya datang sekali bukan berulang-ulang kali………………..

Nota Luka II - Sabariah Araur

TAJUK : NOTA LUKA II ( SN : 0076 )
PENGARANG: SABARIAH ARAUR
Deposit : RM21

Aku juag seorang isteri, pernah merasai betapa pedihnya bila dikhianati.lalu perlukah kuhumban perasaan isteri lain hanya kerana kebahagiaanku sendiri?
Tamakkah akau dalam memiliki cinta seorang lelaki sehingga merupakan kebahagiaan orang lain ! Aku ibu yang kadangkala terpaksa menolak kebahagiaan sendiri demi anak-anak yang aku sayangi……….

Bunga Bukan Semusim - Elias Hj. Idris

TAJUK : BUNGA BUKAN SEMUSIM ( SN : 0076 )
PENGARANG : ELIAS HJ. IDRIS
Deposit : RM33

Kamarul Hanafi kecundang dalam menilai erti keluruhan dan kestiaan Norazila. Dia tenggelam dalam dunia kerakusan dan dendam yang tidak terpadam.
Sementara itu, Nina Kamariah terus mengambil kesempatan dn Mummy Liza pula mempergunakannya. Dia terus tenggelam dan menelan kepahitan demi kepahitan.
Bukan salah siapa; dia sekadar mencari titik noktahnya. Dan Natasha yang menjadi galang gantinya.

Kesturi - Fatinilam Sari Ahmad

TAJUK : KESTURI ( SN : 0075 )
PENGARANG : FATINILAM SARI AHMAD

Deposit : RM25

Begitu sukarnya untuk membezakan yang mana satu kekasih apabila berhadapan...Begitulah dilemma yang di hadapi oleh Norman. Hakikatnya kembar seiras ini sukar dibezakan dari segi fizikalnya.. Antara Lisa dan Eisha yang mempunyai wajah yang serupa tetapi berlainan perbadinya….
Tingkah laku Eisha yang lemah lembut dan mudah mengalah begitu berbeza dengan Lisa yang lincah dan licik.Masing-masing menaruh hati pada seorang yang bernama Norman!................
Eisha...fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit….kadangkala buahnya manis.
Lalu luka di hati usah dilayan. Biar kita yang merasainya……..

Rindu Semalam - Puteri Andalas

TAJUK : RINDU SEMALAM ( SN : 0073 )
PENGARANG: PUTERI ANDALAS

Deposit : RM15

Cinta yang tidak didlafazkan ibarat pohon rending yang tidak berbuah. Begitulah derita yang membekam di hati Maizura. Dia menanti Wan Baharin melafazkan cintanya. Namun, lelaki itu kian jauh tanpa sebarang janji untuk sehidup semati.
Sejak itu hanya rindu saja yang memujuk hatinya agar terus menanti. Tiga lelaki datang silih berganti untuk menagih kasihnya. Namun, bayangan Wan Baharin mnghantui kenangannya. Dan dia sendiri masih terus mengharap, sedangkan harga sebuah penantian sentiasa dibayar dengan air mata.
Akhirnya, Wan Baharin kembali untuk melafazkan bahawa Maizura adalah cintanya, Maizura adalah rindunya dan Maizura adalah sesuatu di hatinya sejak dulu lagi. Apakah rindu semalam itu menjadi impian atau igauan hari esok?

Meniti Senja - Rafizah Nordin

TAJUK : MENITI SENJA ( SN : 0072 )
PENGARANG : RAFIZAH NORDIN
Deposit : RM17

Mengejar bayangan cinta semalam, sesekali rebah menyembah, sesekali lelah mengalah..
Berjejeh keringat membasah.menitis air mata terhiris. Alam melihat, laut menjadi saksi cinta ini tidak mati walau musim datang silih berganti dan kemarau kasih bagai merelakan pertemuan….pen;yatuan.basazh kenangan silam….namun mengapa tiba-tiba cinta bagaikan hilan rasa.hilang kuasa?

Arca di Cermin - Siti Rozilah

TAJUK : ARCA DI CERMIN ( SN : 0071 )
PENGARANG : SITI ROZILAH
Deposit : RM17

Dia hidup hari ini di atas rentetan duka silam yang disimpan di dalam memori hitam. Duka semalam tidak akan hilang kerana hari ini kasih saying telah lama hancur bersama hancurnya sebuah harga diri…………
Dalam kebekuan, dia rindukan seseorang hadir, membawa bersamanya slam saying dan penuh kerinduan. Tetapi apalah ertinya semua itu jika yang hadir dan pergi itu sekadar untuk menghancurlumatkan hatinya.

Aku Milikmu - Aleya Anessa

TAJUK : AKU MILIKMU ( SN : 0070 )
PENGARANG: ALEYA ANESSA
Deposit : RM15

Wairah mempunyai kekasih bernama Aizam. Mereka sudah lama berkawan sejak kecil lagi. Hubungan itu telah diketahui oleh ibunya tetapi ayah Wairah tidak setuju dan minta Wairah memutuskan hubungan dengan Aizam. Pelbagai cara ayanya lakukan unutk memisahkan mereka hinggalah pada suatu hari Aizam telah ditangkap berkhalwat dengan gadis bernama Lin. Hancur hati Wairah bila mendapat tahu berita itu.
Akhirnya, Wairah membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur dan menetap di rumah sepupunya bernama Anizyah. Anisah telah bertunang dengan Nasir dan Nasir mempunyai seorang kawan karib bernama Ikhmal. Sebaik sahaja, Ikhmal memandang wajah Wairah dia sudah mula tertarik. Namun bagi Wairah, hatinya telah tertutup untuk lelaki.
Pelbagai cara dilakukan oleh Ikhmal untuk memikat hati Wairah dan pada masa yang sama kekasih lamanya, Aizam datang menagih kasih. Seringkali dia menelefon
Menyatakan hasrat hatinya. Wairah bingung memikirkan, Akhirnya dia membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke luar Negara tanpa pengetahun Aizam dan Ikhmal.


Inferioir - Norhayati Berahim

TAJUK : INFERIOR ( SN : 0069 )
PENGARANG : NORHAYATI BERAHIM
Deposit : RM24

Perlukan ditanya pada hati ini tentang harga sebuah kesetiaan? Serasanya dia sudah menjadi Tissar yang terbaik untuk lelaki yang bernama amirul itu. Lalu sukarkah menjadi suami yang baik, kalaupun tidak mampu menjadi yang terbaik?


Biru Ungu Cinta - Noor Suraya

TAJUK : BIRU UNGU CINTA ( SN : 0068 )
PENGARANG : NOOR SURAYA

Deposit : RM18

Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpancaar indah dari penjuru matamu. Dalam diam aku dapat rasakan cinta yang bersisnar, cinta yang tidak pernah pudar, Hangat dan menyala,.
Tulus dan bening….. Sedangkan ungu itu warna dukaku. Yang membeku di dalam hatiku, yang mengalir dalam jantungku dengan luka yang paling dalam, berdenyut nyilu….menjalar pilu….menjulang lesu….

Mahligai - Salina Berahim

TAJUK : MAHLIGAI ( SN : 0067 )
PENGARANG: SALINA IBRAHIM

Deposit : RM17

Eleena lari meninggalkan tanah air tatkala diri tidak mampu melihat kekasih hati bersanding dengan teman baik sendiri. Di sana ….dingin salji tidak mampu memadamkan ingatannya kepada Ezalee. Lalu pulangnya menjadi pelarian, lari dari Ezalee yang terus menerus memburunya...

Terima Kasih Kekasih - Norhayati Berahim

TAJUK : TERIMA KASIH KEKASIH ( SN : 0066 )
PENGARANG : NORHAYATI BERAHIM
Deposit : RM24

Alangkah payahnya mencari bahagia. Susahnya juga memburu gembira. Sangkanya setia Imlan tidak kering biarpun mentari memancar. Rupanya hilang bila bulan menunjukkan rupa. Lelaki itu berubah kasih.. Berubah arah meninggalkan Amna termangu-mangu mengait memori semalam.
Dan sesungguhnya amna Khilaf...saat bunga tidak lagi mewangi, kumbang tidak lagi memperduli amna dianugerahkan cinta sejati…
Terima kasih kekasih.

Antara Dua Persimpangan - Siti Rozilah

TAJUK : ANTARA DUA PERSIMPANGAN ( SN : 0065 )
PENGARANG : SITI ROZILAH
Deposit : RM23

Dia keliru di dalam mengenali salasiah diri. Kekeliruan yang membentengkan antara kebenaran dan dongeng zaman kanak-kanak. Kekeliruan yang menimbulkan kebencian dan dendam…..andai hari semalam dapat diputarkan menjadi hari ini, barangkali dia tidak perlu lagi meratapi kehilangan semalam bersama luka pertemuan hari ini….

Kabus Kasih - Eka Fahara

TAJUK : KABUS KASIH ( SN : 0064 )
PENGARANG: EKA FAHARA
Deposit : RM14

Cinta Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain.
Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa aberaja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apakah sahaja dilakukan serba tak kena.
Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya. Dalam masa yang sama, Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada di persimpangan dilemma ...keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindu..
Cuma satu persoalan...masih adakah cinta di dalam hati?



Rindunya Kian Membara - Noor Suraya

TAJUK : RINDUNYA KIAN MEMBARA ( SN : 0062 )
PENGARANG : NOOR SURAYA

Deposit : RM21

Cinta itu seumpama serangkai mutiara….kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencari semula….tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan wlau sampai bila-bila pun.
Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?

Luhurnya Cinta - Rodd Izyanti

TAJUK : LUHURNYA CINTA ( SN : 0062 )
PENGARANG : ROFF IZYANTI

Deposit : RM24

Namila tidak ingin kecewa lagi. Pengalaman lalu itu sudah cukup menyakitkan untuk dikenang, apatah lagi untuk disimpan. Namun rimbunan kasih itu sesekali masih berbungkan rindu yang bila mana ditiup bayu malam, harumnya mendamaikan jiwa…..melenakan malam-malam resahnya. Namun bisakah disandarkan kehidupan ini pada kenangan silam semata?
Sampai bila? Sedang realitinya dia inginkan bunga-bunga rindu menjadi buah yang masak ranum, yang akan dipetik bila sampai waktunya. ;Yang akan dinikmati manisnya bersama. Atau tegakah dia memetik bunga-bunga rindu yang merimbun untuk ditaburkan di atas pusara kasih yang masih merah dan basah?


Warna - Warna Kasih - Zulkarnain Estar

TAJUK : WARNA-WARNA KASIH ( SN : 0060 )
PENGARANG: ZULKARNAIN ESTAR
Deposit : RM19

Sengketa ini sebenarnya ciptaan kita. Berdiam diri...kita kunci hati daripada merindui. Dan membiarkan saying bertukar menjadi sakait hati dan benci. Sekadar memandang dari kejauhan, kita sebenarnya menguji ketahanan diri. Menanti….kita mengharapkan ada yang sudi memulakan….yang sudi memujuk rajuk di hati.. Dan kita terus membiarkan waktu-waktu yang berlalu, membekam dalam diam. Tanpa sedar kita sebenarnya telah membunuh putik-putik cinta di halaman asmara. Dan benarlah kata orang, hidup ini terlalu banyak kebetulannya.
Dan kebetulan kita abarangkali...kala terperangkap dalam hujan malam...hujan yang melunturkan warna-warna keegoan. Lalu basah hatimu dan hatiku dalam kebetulan itu. Dan perlahan-lahan warna-warna keegoan pun pudar dan menghilang dibawa hujan malam.

Gerimis di Hati - Rafizah Nordin

TAJUK : GERIMIS DI HATI ( SN : 0059 )
PENGARANG : RAFIZAH NORDIN
Deposit : RM20

Jika diberi pilihan, dia juga tidak ingin menjadi perempuan joget. Melayan lelaki-lelaki mata keranjang, jatuh dari satu pelukan ke satu pelukan, khayal dengan pesta dunia yang menjelikkan. Jika diberi pilihan, dia juga tidak ingin hanyut dibawa arus dunia yang tiada tepinya. Leka menghitung dosa tanpa memikirkan pahala yang akan dibawa pulang.
Sedang dia sedar, kematian tidak pernah menjanjikan syurga buat insane-insane yang leka sepertinya. Lalu pada siapa harus dilemparkan kesilalpan? Kepincangan yang didwarisi atau pada perjalanan hidup yang memang diaturkan? Namun di sudut hati kecilnya masih ada suara-suara jernih yang sering berdoa, yang sering menyedarkan agar dia kembali menuju ke jalan yang diredai. Kerana di sana, pintu syurga terbuka luas untuknya. Dan sinar keinsafan pun perlahan-lahan menyinari sebuah perjalanan yang beru bermula….

Cinta Marissa - Kreisya Reisya

TAJUK : CINTA MARISSA ( SN : 0058 )
PENGARANG : KREISYA REISYA
Deposit : RM12

Marissa meninggalkan keluarganya setelah putus cinta dengan Rahimi. Dia aberkelana membawa diri. Di sebalik kedudukan keluarganya yang bangsawan. Marissa menyamar seperti orang biasa. Dari seorang gadis yang lembut dan penyayang. Marissa berubah menjadi kasar, degil dan pemarah.
Perkenalannya dengan Adibah, Ishqal, Umi Nor, Iqbal dan Espariza telah membuka dimensi baru dalam hidupnya. Diam-diam, Marissa jatuh hati pada Iqbal yang pendiam. Ishqal pula bertepuk sebelah tangan bila Adibah menolak kasihnya. Umi Nor pula dimadukan oleh suaminya dengan gadis yang sebaya anak mereka. Dan Espariza pula rupanya menjadi isteri kedua Tan Sri Ahmad Shuib iaitu suami Umi Nor. Semuanya memang tak diduga!
Dalam suka ada duka. Dalam bahagia ada derita. Begitulah tragedy yang menimpa Marissa. Setelah ternoda, dia cuba menjauh diri. Namun, Iqbal datang menghantar pinangan. Tapi...Marissa menolak. Akhirnya, Marissa akur;”aku cintakan kau Iqbal…”

Sentuhan Kasih - Norhayati Berahim

TAJUK : SENTUHAN KASIH ( SN : 0056 )
PENGARANG: NORHAYATI BERAHIM

Deposit : RM23

Banjir kepiluan yang berladung di dalam hati, tiada siapa yang rasa lemasnya melainkan dia…..namun dia rela menyimpan semuanya di dalam hati…. Tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri. Tapi sampai bila harus disimpan lemas luka hatinya?
Dia jauh di Negara orang...lantaran ada yang sudi memberi dahan untuk berpaut, perlukah ditolak? Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji, atau terus menanti panasnya bahang asmara untuk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama mati….

Sesuci Cinta - Aina Emir

TAJUK : SESUCI CINTA ( SN : 0055 )
PENGARANG : AINA EMIR
Deposit : RM17

Nur aina , gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana tingginya pada Armand, dia sedar, cinta tanpa harta tidak ke mana. Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang di impi jadi nyata.
Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya. Namun manusia...sehebat mana merancang, tapi Tuhan menentukan. Lambaian istana Al Hambra membawa ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya Armand.
Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihinya itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan.

Seindah Derita

TAJUK : SEINDAH DERITA ( SN : 0054 )
PENGARANG : NORHAYATI BERAHIM
Deposit : RM23

Sesekali, bukana tidak dikutip cebisan-cebisan silam...malah adakalanya menjentik-jentik ruang fakir. Sejarah dipermainkan….andainya itu sekadar untuk mematangkan….Terima kasih kerana berjaya membentuk Hardina hari ini. Hardina yang sedar diri,Hardina yang tidak mudah lupa diri….

Nota Cinta Buatmu - Norhayati Berahim

TAJUK : NOTA CINTA BUATMU ( SN : 0053 )
PENGARANG: NORHAYATI BERAHIM

Deposit : RM17

Perpisahan….terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih saying, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih saying yang kau perlukan.
Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuha. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi.
Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati!!!!
Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untukmenghormati…...




Untukmu Segalanya - Norhayati Berahim

TAJUK : UNTUKMU SEGALANYA ( SN : 0052 )
PENGARANG : NORHAYATI BERAHIM
Deposit : RM8

Kenangan cinta memang indah untuk diingati. Momen-momen manis bagai berputar di layer ingatan. Ada air mata dan ada atawa ria. Begitulah lipatan kenangan yang disimpan Atia.
Cinta Atia pada Azali hanya bertepuk sebelah tangan. Atia kemudian mengundur diri. Orang tak sudi, dia pun tak mahu menonjol diri.
Atia kemudian berkenalan dengan Nicky, seorang lelaki lembut yang emmiliki sebuah butik. Layanan dan kemesraan Nicky telah memikat hati Atia. Nicky jatuh hati pada Atia yang sangat mengambil berat tentang dirinya. Nicky berterus terang untuk kembali ke pangkal jalan dan menjadi lelaki sejati.
Malangnya, hasrat pasangan kekasih ini dihalang oleh Azali dan keluarga Atia. Akhirnya, hanya surat wasiat Nicky yang ditatap oleh Atia sedangkan lelaki lembut itu sudah pergi menemui ILAHI...

Menyulam Derita - Ayu Azura Mohamad

TAJUK : MENYULAM DERITA ( SN : 0051 )
PENGARANG : AYU AZURA MOHAMAD

Deposit : RM16

Perubahan yang berlaku ke atas diri Zarina benar-benar mengejutkan Azrul. Malah Azrul terpegun dengan keanggunan dan kejelitaan Zarina yang selama ini terselindung di sebalik wataknya yang dulu.
Pastinya keanggunan itu mencetuskan rasa ganjil di hati Azrul. Apakah Azrul telah jatuh cinta dengan sepupunya sendiri? Walhal dia tahu, dia tidak harus membenarkan perasaan begitu menguasai dirinya…..

Angin Kasih - Dyamim Bahari

TAJUK : ANGIN KASIH ( SN : 0050 )
PENGARANG: DYAMIM BAHARI

Deposit : RM14



~TIADA SINOPSIS~

Ria Qistina - BIkash Nur Idris

TAJUK : RIA QISTINA ( SN : 0049 )
PENGARANG : BIKASH NUR IDRIS

Deposit : RM16

Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insane. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu, Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.
Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih saying daripada keluarga nya sejak kecil lagi. Pengalaman pahait yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih saying seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?
Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah?

Rindu - Norhayati Berahim

TAJUK : RINDU ( SN : 0048 )
PENGARANG : NORHAYATI BERAHIM

Deposit : RM17

Akukah isteri yang kadang waktu gagal memahami hati seorang suami. Alpa di dalam menentukan letak duduknya diri. Syurgakah buatku andai ketentuanMu kugadai di kaki takdir. Sedang diri adanya tidak upaya menentukan baik buruk tiap perhitungan. Suami….sukarnya memahami erti sebuah kasih saying kiranya apa yang kau hadiahkan adalah diari derita sebuah perkahwinan…..

Ombak Rindu - Fauziah Ashari

TAJUK : OMBAK RINDU ( SN : 0047 )
PENGARANG: FAUZIAH ASHARI
Deposit : RM20

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak ssenang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada sseorang tauke kelab malam, Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya wawlaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari taukeh kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Haris berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila amylia, anak Tan Sri Rashdan iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz madunya?


Setia Menanti - Fauziah Ashari

TAJUK : SETIA MENANTI ( SN : 0046 )
PENGARANG : FAUZIAH ASHARI

Deposit : RM20

Pandang pertama telaqh memutikkkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan perasaannnya agar melupakan lelaki itu. Bertathu-tahun dia merawat hatinya sendiri.
Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis, Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal.
Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.
Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi ,antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih…..

Satu Janji - Ramlee Awang Murshid

TAJUK : SATU JANJI ( SN : 0044 )
PENGARANG : RAMLEE AWANG MURSHID

Deposit : RM20

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan ,kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hiudp Luqman, Begitulah janji Luqman yang tidak sekali-kali berundur walaupun banyak rintangan dan cabaran ,yang menjadi liku kehidupannya, penuh ranjau berduri.
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kerana cinta Luqman berjanji untuk mengenali wanita itu. Dan kerana janji itu Luqman melamar Adelia. Luqman dan Adelia kemudian diijabkabul. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Lu man akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai...



Kasih Terakhir - Fathillah Anas

TAJUK : KASIH TERAKHIR ( SN : 0043 )
PENGARANG: FATHILLAH ANAS

Deposit : RM15

Dia kecewa bila cintanya diketepikan begitu sahaja. Dia benci bila pelariannya dijejaki walau ke mana sahaja. Dia marah bila kesuciannya diragut tanpa rela.
Selama berbelas tahun, pergaulannya disekat dan kebebasannya diikat. Salahkah dia kerana menjadi mangsa salahlaku sesorang ayah.
Sesungguhnya dia tidak ingin semua itu…...

Yang Terindah - Anis Ayuni

TAJUK : YANG TERINDAH ( SN : 0042 )
PENGARANG : ANIS AYUNI

Deposit : RM19

Elly , gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya..
Tapi , mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri.
Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.
Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannnya?


Mencari Cinta - Leeya Myra

TAJUK : MENCARI CINTA ( SN : 0041 )
PENGARANG : LEEYA MYRA

Deposit : RM15

Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.
Ilham kembali dari Jepun dengan status’suami orang’. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundudr dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.
Namun setiap saat hatinya meronta. ‘Jasadku disini bersama Faris, tetapi jiwaku merauntau jauh mengejar baying ilham’. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; ‘Hidup baik-baik’ kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!.....