TAJUK : TIADA LAGI MIMPI
PENGARANG: SHARIFAH ABU SALEM
Deposit: RM 20.00
Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilemma. Kehadirannya sungguh menyeksa,sungguh mendera.Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah,Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.
Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya pada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura.Dunia Norjinah seakan berakhir begitu sahaja.
Norseha...permulaan sebuah sangketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagih cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi,Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila reality terbongkar di depan mata. Namun,siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan menjadi rahsia??
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment