Wednesday, December 10, 2008

Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramli

TAJUK : DEMI KASIH INI (SN: 0097)
PENGARANG : HASREEYATI RAMLI

Deposit: RM 16.00

Bijak pandai pernah berkata,cinta boleh bertukar menjadi benci tetapi persahabatan itu akan kekal buat selamanya.Benarkah?
Sekian lama menyemai kasih,keakraban Iriana dan Mukhriz dimeterai dengan ikatan.Andai diibaratkan tinggi bintang di langit,tinggi lagi impian di hati.Sungguh,cinta mereka bukan sandiwara.Tiada apa yang bias menjadi galang ganti.
Tetapi entah di mana silap,bahtera kasih mula dilanda badai.Satu demi satu rahsia terbongkar.Ribut melanda,taufan bergelora.Tembelang pecah,retak menanti belah.Konflik demi konflik mencabar keimanan.Tambah rumit,lantaran seorang pemarah,seorang perasa.
Saat itu,dunia Iriana bagaikan mahu runtuh,langit menjadi gelap dan bumi bagaikan mahu retak.Sekian lama bersabar,akhirnya dia nekad.Nekad untuk mengembalikan harga dirinya di atas nama sebuah kesetiaan.Mungkin salahnya juga selama ini,terlalu lurus bendul.Terlalu alpa,hinggakan kepercayaannya dikhianati dan akhirnya dia terluka sendiri..

No comments: