Wednesday, December 10, 2008

Kau Tetap Di Hatiku - Jamilah Ahmad

TAJUK : KAU TETAP DI HATIKU ( SN : 0106 )
PENGARANG : JAMILAH AHMAD

Deposit : RM21

Apa saja yang kau inginkan….wakau sekadar melintas di fikiran atau singgah sebentar di pojik anganan, aku sedia mengalah, berundur, memberi ruang untuk kau memilikinya. Sesaat pun tidak inginku sakiti hatimu. Walau segaris, walau dengan setitis air mata. Seorang sahabat bukan untuk ku khianati hatinya.
Terpelihara dalam genggaman yang kukuh. Undur diri, Rosnah memberi ruang kepada Azie, sahabat yang paling disayangi, merampas kekasih hati. Satu..satu..Rosnah cuba kenangkan pengorbanan lalu. Lara hati didiamkan. Sakit hati dipendamkan. Rajuk hati dipujuk perlahan-lahan. Namun sengketa jua sudahnya. Dan Azie membawa rajuknya yang panjang dengan membiarkan Rosnah dihimpit duka sendirian. Lelah mengalah, Rosnah kembali mengayam cintanya yang tidak kesampaian...kembali mengintai si jejaka yang pernah hadir dalam mimpi dan jaganya…..

Hanya Kerana Arissa - Maner Muhammad

TAJUK : HANYA KERANA ARISSA ( SN : 0105 )
PENGARANG : MANERA MUHAMMAD

Deposit : RM25

Tengku Arissa Mierra berasa tertekan setelah kematian ibunya. Namun kehadiran Syed Putra Mukhris telah membei sinar baru dlam hidupnya. Percintaan di antara Tengku Zainal, abah Arissa dengan Suzana mengubah segala-galanya. Dalam masa yang sama, Jasmin anak Suzana berusaha memproak perandakan perhubungan Arissa dan Syed Putra Mukhris. Rancangan Jasmin un tuk menghapuskan Arissa tidak kesampaian apabila Syed Putra Mukhris yang menjadi galang gantinya.
Kematian syed Putra Mukhris telah menguburkan hasrat Arissa untuk hidup bersamanya. Kekecewaan itu diubatinya dengan melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Beberapa tahun di sana, dia akhirnya kembali jua ke tanah air. Namun kepulangannnya dari luar negeri membongkar segala rahsia Suzana. Kehadiran Amer Adi mengubati luka di hati. Bagaimanapun, dendam di hati Jasmin tidak pernah pudar. Apakah yang terjadi seterusnya? Apakan tindakan Arissa setelah mengetahui segala-galanya?

Mahligai Impian - Azian Zahra

TAJUK : MAHLIGAI IMPIAN ( SN : 104 )
PENGARANG: AZIAN ZAHRA

Deposit : RM19

Segalanya berlaku tanpa pernah diduga.Bermula daripada sengeketa setelah insiden berlanggar bahu,Kamarul terus dimusuhi Velina setiap waktu.Kamarul yang sebelumnya dingin dengan setiap wanita ,kerap pu100
la dijejaki oleh Rohana rakan sekuliah Velina.Walau cuba diselami oleh Rohana,Kamarul tetap terus membisu.
Takdir mengikat Kamarul-Velina menyebabkan Zarul kekasih Velina tersingkir.Perkahwinan terdesak dua remaja turut direstui Datuk Baharum,bapa Velina.Dengan cabaran menghadapi kuliah dan masa yang sama diasak kerenah isteri,dia tetap tabah memberi perhatian sepenuhnya pada si isteri.
Kekuatan,kesabaran manisnya tetap suatu yang misteri,tetap tersembunyi:Ada ketikanya Kamarul diuji dengan kehadiran kekasih lama atau teman-teman yang tidak pernah tahu perkahwinan mereka!Siapakah yang lebih menderita di data hati masing-masing ingin terus menduga?Di manakah noktah manisnya musim perkahwinan mereka?


Cintamu di Hati - Aida Adriani

TAJUK : CINTAMU DI HATI ( SN : 0103 )
PENGARANG : AIDA ADRIAN

Deposit : RM16

Kata orang,kita bolah jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hamper sepanjang hayat.Sememangnya,cinta pertama terlalu sukar dilupakan.Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci,namun kenangan itu tetap utuh di hati,terpahat di sanubari.
Seri terperangkap anatara dua perasaan;cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama.Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya.Setiap waktu bersama Zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan.Kenangan cnta pertama mereka kembali memburu hingga mengundang cemburu Azlan.Dalam melawan arus asamara lerlarang,kesetiaan Seri terus-terusan diragui.
Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang,ujian datang tiada siapa dapat menduga.Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang.Jalan yang dilalui tetap berliku.Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana.Adan waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir.Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.Hari berlalu,dan dalam pencarian itu,sering berkata,milik siapakah cinta ini???

Adam dan Hawa - Aisya Sofea

TAJUK : ADAM & HAWA ( SN : 0102 )
PENGARANG : AISYA SOFEA

Deposit : RM20

Ain Hawani,zaman solonya ternoktah pada usia remaja.Hanya kerana silap perhitungan,timbul prasangka buruk,menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat.Rayuannya tidak dipedulikan.Lelaki itu pula diam membisu,seolah-olah benar apa yang berlaku.Akirnya,ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa tanpa rela.
Sayangnya,hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja.Ain yang kecewa,pergi jauh mencari harga diri.Adam yang ditinggalkan,menghitung hari-hari nan sepi.Setiap saat rindunya terus melimpah.Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya.Ah...Adam pasrah!Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti,Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidilharam.Bagi Adam,kebetulan ini memang didoakan sekian lama.Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus.Hanya lafaz Adam yang ditunggu.Tapi tegarkah Ain??Bagi Adam,dia tetap menanti Hawanya...

Kuburkanlah Kasihmu - Siti Rozilah

TAJUK : KUBURKANLAH KASIHMU ( SN : 0101 )
PENGARANG: SITI ROZILAH

Deposit : RM25

Bukan sedikit luka hati ini tercarik. Bukan sehari dua pedih denyutannya menyurut…. bertahun! Merawat luka di hati, tak sama dengan merawat luka di jari. Lalu di sini aku berkelana sendiri - sendiri…. mencari kekuatan atas sebuah kehilangan…. ratapan yang ada waktunya tidak mampu ku sembunyikan. Iskandar, sakitnya mengenang cinta kita yang tidak kesampaian. Sakit lagi tatkala nama - namamu tak mampu kukuburkan di balik timbunan puing - puing salji yang membeku…. lantas salahkah rasa sakit ini kubawa pulang untuk menjadi dendam?


KAU SAYANGKU - BIKASH NUR IDRIS

TAJUK : KAU SAYANGKU (SN: 0100)
PENGARANG : BIKASH NUR IDRIS

Deposit: 17.00

Arisa Nurailiz...Nama yang cukup indah. Apatah lagi hidupnya dikelilingi oleh insan-insan yang tersayang. Namun siapa sangka di sebalik senda guraunya,ada cerita duka yang tersemat utuh di ingatannya. Tidak mungkin dia melupakan adik kembarnya,Ayana Nurailin yang telah pergi bersama cinta yang tak kesampaian. Mengapa setaip insan yang bercinta,ada saja benghalangnya.
Marina..Dendam lama sentiasa membara. Dia tidak rela kakak kembarnya, Maliah atau anak-anak saudaranya memiliki sekelumit kebahagiaan. Baginya, Maliah pernah merampas haknya suatu ketika dahulu. Sedangkan yang patut digelar perampas adlaha dia! Dia sanggup lakukan apa saja, asalkan impiannya tercapai untuk melihat keluarga itu musnah!. Sanggupkah saudara sedarah sedaging menjadi pembunuh kerana cinta?
Eddy Sham. Kehadiranmu menyakitkan hati dan kadangkala pengubat hati yang sunyi. Cinta bagimu ibarat mainan di bibir. Kau bukan ingin menyintai tapi sekadar untuk memiliki. Jika satu hari nanti kau benar - benar sudah jatuh cinta, kau selamilah maksud….

Rindu Saliha - Anita Abdullah

TAJUK : RINDU SALIHA (SN: 0099)
PENGARANG : ANITA ABDULLAH
Deposit: RM 17.00

Saliha seorang gadis yang memiliki banyak keistimawaan.Dia menghadapi dugaan dalam percintaan.Namun begitu gaids ini tetap tabah dan yakin setiap kejadian ada hikmahnya.Dia lebih banyak mengadu dan berserah terhadap Yang Maha Pencipta da mempunyai prinsip tersendiri dalam hidupnya.Semakin hatinya terluka semakin hamper dirinya dengan tuhan.Dia memprindahkan lagi dirinya dengan akhlak yang mulia sesuai dengan fitrah sebagai perempuan.
Walaupun dilukai oleh kekasih pertama yang curang ketika berjauhan darinya namun di hatinya tidak pernah berdendam dengan jejaka tersebut.Dr. Saif Hilfi dalam diam memujanya.Haikal,kekasih pertamanya masih mengharap kasihnya walaupun telah memiliki seorang gadis yang hebat.Juga,Tengku Fitri yang pada awalnya berniat jahat padanya telah bertukar mencintainya.Dia tidak pernah melatah.Malah,dia tidak pernah emosional di dalam membuat kepurtusan.Tanpa di duganya Firdau Zamawi anak rakan kongsi Umminya di Marina Resort yang juga dianggap sahabat turut menaruh perasaan...

Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem

TAJUK : TIADA LAGI MIMPI
PENGARANG: SHARIFAH ABU SALEM

Deposit: RM 20.00

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilemma. Kehadirannya sungguh menyeksa,sungguh mendera.Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah,Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.
Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya pada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura.Dunia Norjinah seakan berakhir begitu sahaja.
Norseha...permulaan sebuah sangketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagih cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi,Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila reality terbongkar di depan mata. Namun,siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan menjadi rahsia??

Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramli

TAJUK : DEMI KASIH INI (SN: 0097)
PENGARANG : HASREEYATI RAMLI

Deposit: RM 16.00

Bijak pandai pernah berkata,cinta boleh bertukar menjadi benci tetapi persahabatan itu akan kekal buat selamanya.Benarkah?
Sekian lama menyemai kasih,keakraban Iriana dan Mukhriz dimeterai dengan ikatan.Andai diibaratkan tinggi bintang di langit,tinggi lagi impian di hati.Sungguh,cinta mereka bukan sandiwara.Tiada apa yang bias menjadi galang ganti.
Tetapi entah di mana silap,bahtera kasih mula dilanda badai.Satu demi satu rahsia terbongkar.Ribut melanda,taufan bergelora.Tembelang pecah,retak menanti belah.Konflik demi konflik mencabar keimanan.Tambah rumit,lantaran seorang pemarah,seorang perasa.
Saat itu,dunia Iriana bagaikan mahu runtuh,langit menjadi gelap dan bumi bagaikan mahu retak.Sekian lama bersabar,akhirnya dia nekad.Nekad untuk mengembalikan harga dirinya di atas nama sebuah kesetiaan.Mungkin salahnya juga selama ini,terlalu lurus bendul.Terlalu alpa,hinggakan kepercayaannya dikhianati dan akhirnya dia terluka sendiri..

Rindu Di Kalbu - Durrah Fatiha

TAJUK : RINDU DI KALBU (SN: 0096)
PENGARANG : DURRAH FATIHA
Deposit: RM 17.00

Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif,mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadang-kadang mereka akan menghabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi,itu dulu. Sewaktu baru merasai manisnya saat bercinta.
Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut. Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahil dia melukakan Azad Hamdi,insan yang sudi memberi kehidupan pada jiwanya. Tanpa Azzad,mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu.Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau,aku juga ada sahamnya?
Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta,sesekali rindu pada Ammar menjengah juga. Namun,jauh di sudut hati...Ain tahu dan sedar,bara itu masih menyala.Walaupun hampir reda tapi api cinta itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup,akan bersemarak semula???